Saturday 20 October 2012

Dugaan Sebagai Antara Pemegang Jawatan


Perubahan perlu secara perlahan-lahan. Tapi agak hairan, bergabung je pun, ahli jawatankuasa tidak setuju. Perkara baik, bukannya jahat pun. Lainlah program yang dicadangkan itu adalah berbentuk hiburan melampau hingga memesongkan akidah, tetapi satu bentuk program ilmiah. Tidak mengapa, tanggungjawab saya untuk cuba  bertoleransi dan mempengaruhi  tahap pemikiran mereka agar lebih terbuka untuk menerima sesuatu yang lebih untuk menyampaikan dakwah di samping dapat mentarbiah diri menjadi lebih baik.

                Faham, anda semua yang menyertai kelab ini sebab ingin berubah, jadi mengapa perlu risau, takut dimalukan? Subhanallah, tidak perlu rasa malu jika mahu berubah ke arah yang lebih baik, tidak perlu malu jika cetek dengan hukum agama, sebab sahabat yang lain sentiasa akan membantu kita, Insyaallah. Anda ingin berubah, nah, inilah masanya. Saya mengaku ilmu saya tidak tinggi, tidak hebat langsung, tetapi kita sama-sama berusaha. Insyallah, dengan Izin Allah

No comments:

Post a Comment