Saturday 20 October 2012

Kem Tahunan


Annual Camp datang lagi dengan misi yang baru, berlandaskan matlamat yang sama. Alhamdulillah, semua paper selesai dijawab, harap markah yang diterima baik-baik sahaja. Hebat semester ni, jadi antara kos pertama yang merasmikan masa dan tarikh peperiksaan akhir, dan jadi kos yang menutup masa dan tarikh minggu peperiksaan. Keputusan? Tidak pasti, bergantung kepada pemeriksalah ye, tak berani komen, ada rezeki, adalah.

Disebabkan minggu peperiksaan dah tamat, dah boleh fokus kepada satu lagi program, iaitu Latihan Kem Tahunan (LKT) bagi tahun 2012. Tahun ni jadi tuan rumah, terpaksalah pulang awal ke kampus. Raya Haji tahun ini tidak berpeluang sambut dengan keluarga. Sedih? adalah juga, tapi itulah pengorbanan yang terpaksa dilalui jika ingin menjadi manusia yang berguna.

Berbalik kepada LKT tadi. LKT ini diadakan setahun sekali bagi menguji dan melatih para kadet yang ingin menjadi pegawai muda untuk membiasakan diri di hutan, belajar taktik, senjata dan kefahaman dalam selok belok menjadi tentera. eh, tak boleh cerita lebih-lebih, nak tahu lebih lanjut, sila daftarkan diri di Markas atau Kem yang berhampiran. Cerita tak faham, lalui sendiri, barulah seronok.

No comments:

Post a Comment