Wednesday 5 September 2012

Tanggungjawab Baru


Coretan kali ini lebih bermakna kerana ia melibatkan diri Si Penulis. Pada malam 4 september 2012, telah diadakan Annual General Meeting, atau dalam bahasa mudahnya, AGM di Dewan Syura Al-Mizan, UiTM Melaka. Pada malam ini, Si Penulis telah berjaya dipilih menjadi Naib Presiden bagi penggal 2012/2013 untuk kelab Inspirasi. Perasaan yang sukar digambarkan kerana diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang amat besar ini. Ini bermakna tanggungjawab dan kerja Si Penulis makin bertambah. Si Penulis tidak menyangka akan dipilih kerana pada asalnya, Si Penulis tidak memegang apa-apa jawatan di dalam Kelab Inspirasi ini. Sebelum terlupa, Kelab Inspirasi merupakan sebuah kelab Islam di Uitm Melaka yang menggunakan hiburan sebagai jalan perhubungan menyampaikan dakwah. Dengan menggunakan konsep “Seni Hiburan Mendidik Jiwa” kelab ini meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam di Uitm, seterusnya di Malaysia, dan tidak lupa kepada dunia luar. Kelab ini tidaklah terdiri daripada alim ulama, tetapi ahli-ahli yang rata-ratanya tidak begitu arif mengenai agama mereka. Kebanyakan yang menyertai kelab ini adalah mereka yang ingin berubah ke arah yang lebih baik, di samping mereka belajar dan menyampaikan dakwah kepada yang lain, dengan pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang sedia ada, Si Penulis berharap dia dapat memberikan yang terbaik, membantu ahlinya berubah, walaupun dengan hanya 0.001%, seperti yang diperjelaskan oleh penasihat kelab, iaitu Ustaz Nor Muhammad Faisal. Ada hikmah di sebalik pelantikan ini, walaupun pada asalnya Si Penulis hanyalah ahli biasa, yang kemudian diangkat memegang antara jawatan tertinggi di dalam Kelab Inspirasi ini.

Berikut merupakan Majlis Tertinggi Bagi Kelab Inspirasi


PENGASAS & PENASIHAT
USTAZ NOR MOHD FAISAL BIN MD ARIFFIN

PRESIDEN
MUHAMMAD ZULFAIZ

TIMBALAN PRESIDEN
WAN SHAHIRAH

NAIB PRESIDEN 1
KHUSAIRIE

NAIB PRESIDEN 2
FARAH DIYANAH

NAIB PRESIDEN 3
HAFIZ

NAIB PRESIDEN 4
FAZEERA

SETIAUSAHA AGONG
AKMAL AIZAT

SETIAUSAHA
ALIYA SORAYA

SETIAUSAHA KERJA
AMALINA AL-JUNID

BENDAHARI KEHORMAT
NASFIRDAUS

BENDAHARI
NUR AIN

BENDAHARI KERJA
NUR ELYA

KETUA EXCO
MOHD AZMI

EXCO PERHUBUNGAN & ALUMNI
ATIQAH FARIHAH
NADIA AQILAH

EXCO TARBIYAH & ROHANI
SAIFUL
NURLIYANA

EXCO PRASARANA & LOGISTIK
ADHA
MAS AYU KIRANA

EXCO DISIPLIN & KEBAJIKAN
IZZAT AMIR
SITI AISHAH

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS
IZZAT AZMI
NUR MADIHAH

KETUA-KETUA BIRO

BIRO NASYID 
MOHD FARIS
NURANINA

BIRO PUISIDRAMA
TUAN IDRUSS
CHE FHARIHAH

BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT
AMYRUDDIN
SHAFIQAH

BIRO EKONOMI
IMRAN
ATIKAH 
KHAIRONNISA

BIRO KEMBARA
SHAHRIZWAN
SAADIAH

BIRO PERKUSI
AMIRUL
FIRDAUS












No comments:

Post a Comment