Saturday 12 November 2011

Kisah 502'10

Assalamualaikum. hai semua kawan-kawan. kat sini aku nak kongsi cerita yang aku, wardah, dan iesza reka untuk dimuatkan dalam 2rivers. kesian, majalah tak sampai-sampai rumah lagi. bila entah la baru dapat.

watak dalam kisah ini hanya sebagai gurauan semata-mata, boleh jadi kenangan bila baca balik tahu tak, jadi aku harap korang boleh komen apa-apa sahaja untuk kisah ini. Ini kisah yang aku simpan, yang sebenar dah dihantar ke 2rivers, jadi mungkin ada ayat yang tak sama dengan dalam 2rivers tu. dan mungkin takde kisah pun dalam 2rivers tu agaknya, dahle lambat..

lagi satu, minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan kisah dan watak yang diberi dalam  kisah ini. kalau ada yang tiada dalam ni, pun minta maaf sangat2.
harap semua enjoy baca kisah ni




P
ada suatu masa dahulu, wujud sebuah negara di kedudukan 5°2’ iaitu Negara Dimension Cove (DC). Negara ini diperintah oleh Sultanun Babo bersama permaisuri Ratu Shima. Kehidupan rakyat aman tenteram sebelum kedatangan Ayie Gab yang menyebarkan fitnah untuk menghuru-harakan rakyat. Fitnah tersebut telah menyebabkan Wan Suhanis iaitu Wanita Melayu Terakhir ingin keluar daripada kerajaan tersebut.
 Hasil pujukan Ustazah Intan, maka Wan Suhanis telah membatalkan niat beliau dan hasil pekikan dan ngauman Miss Cerra, maka fitnah itu hilang dan kehidupan kembali aman. Namun, tidak sampai setahun, Ahli Nujum, Hatib Paul telah meramalkan bahawa negara mereka akan diserang oleh musuh tidak lama lagi.
                Idah Si Serabut mula gelisah, cakap tak tentu hala, merepek dan sebagainya. Perdana Menteri, Patrick al-Fadil mula berhujah dengan lajunya untuk menenangkan Idah Si Serabut. Selepas penat berhujah dengan satu nafas sahaja, Patrick al-Fadil telah memutuskan untuk meminta bantuan Wardah Qiu-qiu untuk menghiburkan Idah Si Serabut yang keresahan. Selepas mendengar dendangan lagu yang disampaikan, Idah Si Serabut mula senyap dan keserabutannya pun hilang.
                Seminggu kemudian, Ain Nyamuk dan gerombolan anak buahnya (yang pernah menyerang dirinya sendiri dahulu) pun datang untuk menghancurkan DC. Ramai rakyat telah terbunuh kerana kehilangan banyak darah. Sultanun Babo telah mengisytiharkan darurat. “Darurat in the House!!!”  Semua rakyat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing walaupun mahu pergi beli Syabab.
                Syafiq Muo dengan semangat jihad telah membawa bala tenteranya yang gempak-gempak belaka untuk mengalahkan gerombolan Ain Nyamuk. Malang bagi Syafiq Muo, dia terbunuh akibat kehilangan darah yang banyak kerana disedut oleh Ain Nyamuk. Akibatnya terlalu geram, Ultrapek muncul  dan dengan kuasa phyco beliau, Ain Nyamuk dan konco-konconya terbunuh juga…Akhirnya!
                Siaran langsung perlawanan antara Ultrapek dan Ain Nyamuk telah ditayangkan di skrin besar di tengah-tengah Padang Moncheh. DJ Yanie dengan keadaan yang sarat mengandung anak pertama telah menjadi pengulas rancangan tersebut. Ketika sedang sibuk mengulas siaran langsung tersebut, tiba-tiba beliau ingin bersalin.
                Hasil kecekapan Bidan Terjun Iesza, seorang bayi lelaki selamat dilahirkan. Rupa parasnya yang tampan telah membuatkan bayi tersebut mendapat nama Kachak. Ketampanannya yang “terserlah dengan sunsilk” itu tersebar ke seluruh negara DC. Baik pekak, bisu, buta, atuk, moyang, semuanya teruja dengan berita tersebut. Wardah Qiu-qiu sekali lagi dipanggil untuk mendendangkan lagu kepada Kachak. Kachak lena diulit mimpi,  Wardah Qiu-qiu bahagia, ahakz.
                Selepas beberapa tahun, Kachak membesar menjadi kanak-kanak periang. Dia mula menonton televisyen dan Skrin Besar di Padang Moncheh tersebut. Cerita kegemarannya tidak lain tidak bukan Komunis Muiz vs Monster a.k.a Fahmi lakonan ayah beliau. Kachak juga mempunyai pengasuh, Syiro Chan, yang akan menghantarnya pulang ke rumah sebelum matahari terbenam. Kalau tidak, Komunis Muiz akan marah.
                Kehidupan di Dimension Cove diteruskan lagi. Pada keesokan harinya,  Fakhar Zombie bersama aweknya (Honda Bulat 500cc) dan kakaknya, Lina Oma menghantar Kachak ke pusat asuhan seperti biasa (lupa lak, Fakhar Zombi dan  Lina Oma ni sepupu Kachak). Kebetulan, Syiro Chan baru sampai. Selepas melihat muka Fakhar Zombie¸ Syiro Chan terus pengsan. Ketika pengsan, Syiro Chan bermimpi Prebet Syamim tidur bersama Lalat Zizie yang besar tapi kurus, bersama air liur yang meleleh membasahi tempat tidur mereka. Lena sangat lagaknya.
                Apabila tersedar, Syiro Chan telah menceritakan mimpinya pada kawannya, Non Ziera Penjual Ubat Jamu. Non Ziera telah membawa Syiri Chan berjumpa dengan Hatib Paul untuk mentafsir mimpi tersebut. Selepas berfikir sejenak, Hatib Paul memanggil P.A. beliau, Matun Ah Lien untuk mencari herba dan pelbagai barangan lain di hutan Jengka, Pahang, betul-betul jauh dari DC.  Matun Ah Lien pun hilang dalam sekelip mata.Puff.. Rupa-rupanya dia pakai Spacessip..haha.
                Hatib Paul membelek bola kristalnya dan mentafsirkan bahawa negara DC akan diserang sekali lagi, namun benda itu ialah sejenis penyakit lena yang dilakukan oleh Pakar Ilmu Hitam¸ Rahim Al-Wouzoo dan pembantunya M.K.Shiny, Pelakon Ubat Gigi yang berkenan dengan Ratu Shima. Selepas mendapat maklumat, Badang Akmal yang diutuskan oleh Sultanun Babo, telah datang untuk membunuh Rahim Al-Wouzoo, Pakar Ilmu Hitam tersebut. Kesannya, Rahim Al-Wouzoo mati namun  M.K.Shiny berjaya melarikan diri dengan larian side step ragbi beliau.
                Selepas berjaya menghasilkan vaksin untuk merawat penyakit yang baru merebak tersebut, Hatib Paul mendapat pengiktirafan daripada Sultanun Babo atas tafsiran tepat beliau buat kali kedua.
                M.K.Shiny yang berjaya lari dari cengkaman  Badang Akmal telah kembali lalu membakar istana Ratu Shima, kerana cemburu dengan Sultanun Babo. Habis makanan simpanan  Ratu Shima musnah. Dalam kekalutan tersebut muncul pula KhuZ Bomba dan dengan bantuan Kapitan Najmi, mereka berjaya memadamkan kebakaran tersebut. Ultrapek yang asyik lambat agak kecewa kerana tidak dapat bersama-sama bergabung tenaga memadam kebakaran.
                Akhirnya, Kerajaan Dimension Cove kembali aman tanpa ada sebarang peristiwa hitam lagi. Namun, telah berlaku satu lagi konflik dalam kerajaan ini. Gempak punya…. Apa ya? Lu pikir lah sendiri. Hahaha, Jangan Marah..

6 comments:

  1. okay rindu aku kat korang semua dah memuncak giler,. aku rindu suasana kelas lahh~~ :'(

    ReplyDelete
  2. ahahhahha . rindu 502 . kbai :'(

    ReplyDelete
  3. LOLL lalat pon boleh -,-'' HAHAHAHA

    ReplyDelete
  4. haha...kuar gak cte yg ko rahsiakan sngt dgn aku ni hehe...puas la zizie jdi mngsa hehe

    ReplyDelete
  5. hahahaha....hasil karangan aku,wardah ngn khu-z....:P

    ReplyDelete
  6. sesiapa ingin memberi idea untuk siri 2, sila
    e-mailkan ke kiang_khusairie@yahoo.com.my ok. sms pun boleh..lagi satu, bg cdgn kat sini pun boleh

    ReplyDelete