Thursday, 10 November 2011

Annual Camp

Alhamdulliah, baru je berkhidmat untuk negara selama 3 minggu
dari 11 oktober hingga 2 november 2011.. lama juga tuh

nak cerita sikit la pengalaman.
hari pertama, sampai je ke destinasi
terus dapat salam perkenalan.. aha, masa ni seronok
betul. fizikal dengan mental memulakan permainannya, hoho

hari kedua, latihan bermula. bermacam-macam jenis aktiviti
lasak, atoi... penat. tapi masa tu penat nombor 2, yang penting
pengalaman tu

selepas berhempas pulas diasah menjadi tajam, masa untuk masuk ke hutan
Hutan tu perghh.. seronok.. mula-mula masuk je dah kena tebang pokok,
pasang khemah. hari-hari seterusnya gali kubu. gali kubu ni mencabar
juga sebab banyak akar pokok. kawan-kawan banyak membantu
kami menyanyi agar perasaan penat dan moral yang jatuh tu hilang.
akhirnya, siap, hurray.
tapi kegembiraan sekejap je, esoknya kena gali lagi dalam..
gali punya gali punya gali, siap. tapi malangnya tiba-tiba kena
buat serangan  hendap, tak sempat rasmi "kubur" tu.
balik je buat serangan hendap, kena kambus balik kubu tu sebab
esoknya nak balik dah. Fasa dalam hutan sudah selesai

Fasa ujian memang seronok, jawapan mudah dapat, hehe
tapi dalam masa sama kena buat persembahan untuk malam
penutup. Alamak, terpilih untuk beraksi. malam persembahan tu
kena berlakon, menyanyi dan menari. Setakat berlakon tu aku reti la, ni
suruh menyanyi, mana la aku reti, aku pun hentam jela.
persembahan tu pula penuh dengan unsur jenaka. macam mana la
aku berlakon tu ya???

sebenarnya, nak cerita satu-satu, tapi, atas beberapa faktor,
pengalaman ini terpaksa diringkas dan dipadatkan atas sebab-sebab
tertentu, urusan negara. maaf ya. kalau nak tahu pengalaman
macam mana, jom sertai ROTU.

alamak!! Dah banyak merepek dah ni. lain kali kalau ada lagi aku kongsi
ye.
My Team Rotu


No comments:

Post a Comment