Tuesday, 27 September 2011

Pengalaman Lalu


Kisah Aku Dan..(Episod 1)
          Aku mempunyai seorang kenalan perempuan. Kami berkenalan melalui satu program. Ketika itu aku merupakan fasilitator kepada perempuan tersebut. Aku menggelarnya ‘Si A’. selepas tamat program tersebut, aku telah memberi nombor telefon aku kepada semua ‘anak buah’ jagaanku sebagai kenang-kenangan.
          ‘Si A’ telah menghantar mesej kepada aku selepas beberapa minggu program tersebut berakhir. Hanya ‘Si A’  yang masih meneruskan silaturrahim selepas berpisah di program tersebut. ‘Anak buah’ jagaan yang lain seperti tidak sudi atau mungkin sudah melupai diri ini. Sehinggalah pada awal tahun ini, ‘Si A’ telah meminjamkan nombor telefonnya kepada kakak saudaranya, bernama ‘Si E’.
          ‘Si E’ telah menghantar mesej kepada aku untuk berkenalan. Aku jenis yang tidak kisah, jadi aku hanya membalas ‘OK’ sebagai jawapan kepada satu persahabatan yang baru itu. Hari demi hari, ‘Si E’ tidak henti-henti menghantar mesej kepada aku, padahal saya terlalu sibuk kerana sudah bekerja. Aku mula berasa segan dan bosan kerana walaupun ‘Si E’ muda setahun dari aku, tapi cara dia menghantar mesej seperti budak berumur 6 tahun. Hanya tahu mengadu, merengek dan mengada-ngada. Waktu tidak perlu cakaplah, siang malam.
          Hinggalah pada suatu hari, ‘Si A’ menghantar mesej memberitahu ‘Si E’ tidak pulang ke rumah walaupun pada ketika itu sudah senja. Aku cuba menghubungi nombor ‘Si E’ tetapi dia mematikan telefon bimbitnya. ‘Si A’ mengatakan ‘Si E’ bergaduh dengan adik kandungnya, ‘Si D’. Aku mula hairan kerana ketika mesej, ‘Si E’ mengatakan dia rapat dengan adik kandungnya itu, siap tidur sama-sama lagi.
          Isyak, satu mesej diterima melegakan hatiku. ‘Si E’ selamat pulang ke rumah. Dia telah terjatuh ketika menunggang motosikal kerana jalan licin. Aku menasihati ‘Si E’ agar jangan cepat beremosi apabila bertengkar dengan orang lain, takut kejadian seperti itu berulang.
          
Bersambung...

No comments:

Post a Comment