Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, telah masuk bulan yang dipenuhi dengan kerahmatan keampunan,, dan kemerdekaan dari api neraka, betul ke nih, aku pun dah ingat-ingat lupa, istaghfiru.
Hari pertama puasa, aku pergilah buka puasa di luar. tiba-tiba, ada seseorang bertanya maksud ramadan, aku lupa!! dan dari situ, aku terus cari maklumat ni.
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya
penyembahan berhala.
penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran) Alhamdulillah, hari pertama pergi ke Pengkalan Balak, lepak-lepak di pantai, baru habis test la katakan. tapi tak ambil pic pun, sebab dah tak fikir, janji dapat menghirup udara segar yang dikurniakn Allah kepada hambanya. tapi, yang peliknya, first time rasanya berbuka tanpa suasana yang bising macam dekat maktab dulu.
Dulu, tunggu je dekat meja kuning tu, ada la seseorang yang pergi azan, lepas tu dengar suara iman, "Bismillahhirrahmanirrahim........" sekarang? dah tiada dah
waktu sahur, makan maggi je, tapi baru sekali la. lepas ni nak makan kurma pula. sunat bersahur ni. tapi, subuh jangan lupa pula. teringat lak kisah kat maktab, ada yang pakai spray, kompang, baldi, gayung. tapi bertahan berapa hari je, masuk pertengahan, dah tak berbunyi, dah last-last day baru bunyi balik.. yang peliknya, waktu sahur je, subuh tak nak pula buat macam tu
akhir sekali, selamat berpuasa kepada semua. eh, jangan fikir nak raya, puasa dulu tau. siapa yang dah bekerja tu, silalah bayar zakat. betul ke nih? dah dah cukup, makin merepek dah..
No comments:
Post a Comment