Assalamualaikum w.b.t.
Seperti biasa, tiada cerita yang seronok untuk dikongsi. Tapi kisah ini membuat aku tersedar
selepas beberapa bulan memasuki ROTU, aku telah mengalami satu masalah iaitu tidur dalm bilik kuliah. Kenapa tertidur? sebab aku tidak tidur malam. Tapi itu bukan alasan ok. Yang menjadi persoalan budak kelas kata aku dah berubah, sudah menjadi sedikit serius, tidak seceria dulu, kelas pun tak bising seperti selalu.
Betul ke kelas selama ni bising sebab aku yang bersuara, aku yang hiburkan? Kepada kawan rapat aku di kelas, (Hajar, Azzim, Qila, ND), bagitaulah akau kalau aku macam tu ya. Kredit kepada Faruq, the only one Kelas Rap 1F(betul ke aku eja tu!!) kerana tegur aku hari tu. aku berazam lepas raya ni aku tak buat, InshaAllah,
Pengalaman masuk ROTU ni memang best. aku tahu tak ramai tahu pasal ROTU, tapi kalau kat U tempat aku belajar, ROTU ni selalu kena sumpah seranah. pasal apa? selalu ganggu orang tidur di waktu pagi, memekak di pasar, tapi mereka tak tahu, lepas subuh tak elok tidur, rezeki tak masuk nanti. kira ok kami tolong kejutkan,
Lepas ni nak Final Exam dah, aku tak study satu hapa pun lagi. Aku tak boleh cerita dengan terperinci pasal ROTU, sebab memang kehendak service.. aku memang tak leh bagitau. Kepada budak kelas yang kadang-kadang tu aku sakitkan hati korang, selamat berjaya untuk berperang di Dewan Bendahara, jangan tertidur dan tak pergi exam sudah.
Sentiasa sedarkan aku kerana aku ni selalu terlalai dan terleka. Maklumlah, sebagai seorang Insan aku pun tidak boleh lari dari melakukan kesalahan..
Nak coret apa pun dah tak tahu.. faham ke apa aku tulis kat atas tuh?? papepun, sapa nak follow leh follow.. sampai sini je.. nanti kalau free aku tulis lagi.. Selamat Hari Raya Semua...ni aku tulis time baru abis takbir raya rumah ke rumah nih...
No comments:
Post a Comment